Firma keselamatan siber Israel tolak tawaran Google

Firma keselamatan siber Israel tolak tawaran Google

google
Logo Google dipamerkan ketika Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) di Barcelona, pada 27 Februari 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Firma keselamatan siber Israel, Wiz menamatkan rundingan dengan syarikat induk Google, Alphabet mengenai cadangan pengambilalihan melalui perjanjian bernilai AS$23 bilion (RM107 bilion).

Ketua Pegawai Eksekutif Wiz, Assaf Rappaport berkata, syarikat itu kini akan mengalihkan tumpuan ke arah Tawaran Awam Permulaan (IPO) dan menyasarkan untuk mencapai pendapatan tahunan AS$1 bIlion (RM4.67 bilion).

“Walaupun kami berpuas hati dengan tawaran yang diterima, kami memilih untuk meneruskan laluan jalan untuk membina Wiz.

“Memang sukar menolak tawaran yang begitu mengagumkan, tetapi dengan pasukan yang luar biasa, saya yakin dengan pilihan ini,” katanya.

Rappaport berkata demikian dalam nota yang dihantar kepada kira-kira 1,200 pekerja Wiz di seluruh dunia, lapor Haaretz.

Teknologi yang dibangunkan oleh Wiz mencipta ‘lapisan normalisasi antara persekitaran awan’, membolehkan perniagaan dengan cepat mengesan dan menyelesaikan ancaman keselamatan yang ketara merentasi infrastruktur awan mereka.

Keputusan Wiz untuk menamatkan perjanjian itu merupakan kemunduran bagi Google, yang banyak melabur dalam infrastruktur awannya dan berusaha menarik pelanggan ke perniagaan itu, yang menjana lebih AS$33 bilion (RM154 bilion) tahun lepas, lapor Haaretz.

Menurut CNBC, kebimbangan daripada pihak berkuasa antitrust dan pelabur menyumbang kepada keputusan Wiz untuk meninggalkan perjanjian itu.

Selain itu, Jabatan Kehakiman sedang menjalankan dua tindakan undang-undang antitrust terhadap Google berkaitan dengan enjin carian dan operasi pengiklanan digitalnya.

Sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan Google dalam ‘perbincangan lanjutan’ untuk mengambil alih Wiz, sebuah syarikat yang berpusat di New York dan ditubuhkan pada awal 2020.

Rancangan itu berlaku selepas Google mengumumkan pemecatan 28 pekerja selepas beberapa kakitangan terlibat dalam protes menentang kontrak syarikat dengan kerajaan Israel, April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×