Fiffy Arnatasya pulang ke pangkuan keluarga - Utusan Malaysia

Fiffy Arnatasya pulang ke pangkuan keluarga

SITI Fatimah Mat Lazim menunjukkan gambar anaknya, Fiffy Arnatasya Abdullah yang dilaporkan hilang sebelum ini ketika ditemui pemberita di Kampung Terusan Juasseh, Kuala Pilah baru-baru ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang remaja perempuan, Fiffy Arnatasya Abdullah, 16, yang dilaporkan hilang pada 28 Jun lalu telah kembali ke pangkuan keluarganya di Juasseh, di sini, dalam keadaan selamat semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan remaja berkenaan daripada keluarga angkatnya kira-kira pukul 3.45 petang.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan, orang hilang tersebut telah mendedahkan bahawa punca keluar dari rumah kerana mengalami tekanan di asrama sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tempoh kehilangannya, dia telah tinggal bersama rakannya di Johor. Pihak polis mengucapkan berterima kasih kepada orang ramai yang telah tampil menyalurkan maklumat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan Fify Arnatasya yang dilaporkan hilang yang sebelum itu kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun lalu.

Susulan itu, ibu remaja itu, Siti Fatimah Mat Lazim merayu supaya anak gadisnya untuk kembali ke pangkuan keluarga selepas tidak pulang ke rumah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN