JOHOR BAHRU: Enam lelaki yang diupah oleh sindiket ceti haram atau along untuk menyimbah cat dan membaling molotov koktel ke kediaman mangsa diberkas polis dalam serbuan di dua negeri. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua lelaki berusia 35 hingga 51 tahun itu ditahan dalam serbuan di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai lalu dan mereka tertarik dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sindiket…










