ELMU jalin kerjasama dengan COSTAM, ELS - Utusan Malaysia

ELMU jalin kerjasama dengan COSTAM, ELS

DR. KASSIM Noor Mohamed (dua kiri) bersama Dr. Ruslan menandatangani MoU di Kampus ELMU di Bandar Enstek, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi mengukuhkan tindakan dalam bidang inovasi pendidikan, sains dan teknologi di negara ini, Enforcement, Leadership & Management University (ELMU) menjalinkan kerjasama bersama bersama Gabungan Persatuan Saintifik dan Teknologi di Malaysia (Costam) dan Pusat Bahasa ELS (ELS).

Ia termeterai menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) di antara ketika-tiga pihak terlibat yang berlangsung hari ini di kampus universiti berkenaan di Bandar Enstek, Nilai di sini.

Pada majlis itu, ELMU telah diwakili oleh Naib Canselornya, Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed dan COSTAM diwakili Presidennya, Prof. Ir. Dr. Ruslan Hassan selain Pengarah Urusan ELS, Sean Chee. 

Dr. Kassim berkata, Kerjasama pihaknya dengan COSTAM dan ELS merupakan pencapaian penting bagi ELMU yang menekankan dedikasi terhadap kecemerlangan akademik, inovasi saintifik dan kesediaan global. 

“Penyatuan kepakaran dimiliki dua institusi ini akan dimanfaatkan melalui bidang keilmuan dan penyelidikan bertaraf tinggi.

“Di samping itu, perkongsian ini juga akan dapat mewujudkan laluan baharu untuk pelajar, memupuk budaya penyelidikan dan inovasi serta meningkatkan pengalaman pendidikan secara keseluruhannya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis tersebut hari ini.

Beliau berkata lagi, menerusi MoU dengan COSTAM, ia menetapkan kerjasama dinamik yang bertujuan untuk memajukan sains forensik dan teknologi maklumat.

“Manakala MoA dengan Pusat Bahasa ELS pula, memberi tumpuan kepada membolehkan laluan lancar untuk pelajar ELMU melalui Program Bahasa Inggeris Intensif Bertauliah (CIEP) yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai bukti penguasaan bahasa Inggeris untuk kemasukan universiti. 

“ELMU yakin kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pelajar dengan memberikan mereka akses kepada pensijilan yang diiktiraf.

“Jadi, MoU dan MoA ini adalah bukti komitmen ELMU untuk menyediakan pelajar kami peluang pendidikan terbaik. Kerjasama dengan COSTAM dan ELS ini kami bukan sahaja meningkatkan tawaran akademik tetapi juga menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi di Malaysia,” katanya. 

Sementara itu, Dr Kassim memberitahu, ELMU yang mengkhusus dalam kepemimpinan dan pengurusan penguatkuasaan undang-undang itu bakal menerima kira-kira 800 pelajar baharu dalam pengambilan pertama pada 20 Julai ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN