Ekonomi AS dijangka tumbuh perlahan

Ekonomi AS dijangka tumbuh perlahan

PEDAGANG bekerja di lantai Bursa Saham New York.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Goldman Sachs Asset Management (GSAM) menjangka ekonomi Amerika Syarikat (AS) tumbuh pada kadar yang lebih perlahan sekitar dua peratus pada separuh kedua tahun ini.

Indeks ekuiti dilihat sebahagian besarnya tidak berubah berikutan penurunan pertumbuhan pendapatan dan kebimbangan politik.

Ketua Pelaburan Pelbagai Sektor, Bahagian Pengurusan Aset Goldman Sachs (GS.N), Lindsay Rosner menjelaskan situasi ini menjadikan landskap pelaburan lebih kompleks, tetapi masih menawarkan peluang termasuk rangkaian saham kecerdasan buatan (AI) yang lebih luas.

Institut Pelaburan BlackRock (BII), cabang BlackRock (BLK.N), turut mengeluarkan tinjauan pertengahan tahun, Selasa lalu.

“Terdapat kemungkinan besar pelabur akan melihat pemotongan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada separuh kedua 2024,” kata Rosner.

Beliau tidak menjangka Rizab Persekutuan akan mula memotong kadar faedah sehingga September, tetapi pemotongan boleh diteruskan pada kadar 25 mata asas setiap suku.

Apabila kadar faedah menurun, Rosner meramalkan pasaran pendapatan tetap akan mendapat manfaat.

Katanya, beliau melihat peluang yang sangat menarik terutama dalam pasaran bon hasil tinggi dan dalam kredit berstruktur.

Setakat ini, trend terbesar dalam pasaran saham AS tahun ini adalah didominasi sejumlah kecil syarikat berkaitan AI, terutama gergasi semikonduktor Nvidia (NVDA.O).

Pengurus Portfolio Ekuiti Global dan Ketua Pasaran di GSAM, Alexis Deladerriere berkata, hanya lima saham dan satu trend ini yang menjana separuh daripada semua pulangan pasaran saham dalam enam bulan pertama 2024.

Memandangkan pertumbuhan pendapatan merosot secara keseluruhan dan kebimbangan politik meningkat di peringkat domestik serta global, Deladerriere menjangka saham AS akan kekal rata pada separuh kedua tahun ini.

“Pertumbuhan pendapatan yang semakin merosot serta potensi peristiwa politik dalam dan luar negara juga akan menjejaskan saham AS,” katanya.

GSAM melihat ekuiti India dan Jepun sebagai sangat potensi yang sangat menarik buat masa ini, kerana memainkan trend dari AI hingga menangani perubahan iklim.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×