Doktor kontrak interim ambil kira gaji akhir

Doktor kontrak interim ambil kira gaji akhir

Doktor kontrak interim ambil kira gaji akhir. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (Hartal) lega selepas gaji lantikan kontrak interim akan ditawarkan berdasarkan gaji akhir mereka.

Jurucakapnya berkata, lang­kah itu menyaksikan gaji mereka yang memohon kekosongan jawatan tidak bermula berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

“Namun, kerajaan harus cari mekanisme supaya ada pergerakan gred untuk mereka yang lama dalam sistem kontrak dan sekiranya mendapat tetap, tahun dalam servis dikira untuk proses pencen dan sebagainya,” katanya semalam.

Terdahulu, akhbar ini mela­porkan, tawaran gaji mereka yang memohon lantikan kontrak interim akan mengambil kira gaji akhir semasa di lantikan kontrak.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan setelah proses peni­laian akan ditawarkan gaji berdasarkan gaji akhir semasa di lantikan kontrak.

Justeru, katanya, kelulusan khas itu turut terpakai sekiranya dilantik secara kontrak interim (lantikan tetap) kelak.

“Oleh itu, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil kira pengalaman dan memberi gaji yang rendah (kembali ke basic) tidak tepat.

“Ini kerana pergerakan gaji tahunan ketika jawatan kontrak diambil kira untuk penetapan gaji permulaan di jawatan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya.

Terdahulu kumpulan doktor kontrak yang bertahun-tahun berkhidmat bimbang kehilangan faedah perkhidmatan seperti cuti terkumpul apabila mereka mengisi jawatan pegawai perubatan Gred UD43.

Selain itu, mereka menggesa Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pe­r­khidmatan Awam (SPA) mem­pertimbangkan untuk me­nge­kalkan tangga gaji akhir selain faedah lain sedia ada yang diperoleh mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN