Bekas menteri Indonesia dipenjara 10 tahun kerana rasuah

Bekas menteri Indonesia dipenjara 10 tahun kerana rasuah

SYAHRUL YASIN LIMPO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo atas tuduhan rasuah berkaitan perjalanan menggunakan jet peribadi dan barang kemas untuk isterinya.

Pendakwa raya berkata, Limpo memeras pegawai di Kementerian Pertanian 44 bilion rupiah (RM12.8 juta) untuk membayar perbelanjaan peribadinya.

Hakim Rianto Adam Pontoh turut memerintahkan Limpo membayar sebanyak 300 juta rupiah (RM86,969) dan pampasan sekitar 14.6 bilion rupiah.

Dua defendan lain dalam kes itu – bekas pegawai kanan di Kementerian Pertanian – masing-masing dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.

Limpo adalah menteri keenam dalam Kabinet Presiden Joko Widodo yang menghadapi tuduhan rasuah.

Terdahulu, seorang bekas Menteri Komunikasi turut dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan sama.

Manakala, Menteri Hal Ehwal Sosial dan Perikanan di bawah pemerintahan Widodo dipenjarakan pada 2021.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×