JOHOR BAHRU: Beberapa siri tangkapan pengikut ajaran dan fahaman sesat termasuk kumpulan pengganas Islamic State (IS) dan Daesh di negeri ini tidak bermakna negeri ini dalam keadaan bahaya. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, tangkapan tersebut perlu dilihat dari aspek yang positif, iaitu menunjukkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab dengan baik serta telah berjaya mengenal pasti pengikut ajaran dan fahaman sesat daripada terus mengembangkan fahaman…










