DHAKA: Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta bermula hari ini, susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak, minggu ini. Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh, pada Selasa. Beribu-ribu pelajar telah berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan, yang dimansuhkan pada 2018. Sistem itu memperuntukkan 56 peratus daripada jawatan…