SYDNEY: Varian baharu Covid-19, LB.1, dilaporkan melanda Australia ketika pakar kesihatan memberi amaran wabak itu mungkin merebak lebih cepat berbanding varian sebelum ini. Menurut Jurucakap Jabatan Kesihatan negara itu, terdapat kes yang disahkan varian LB.1 di Australia, lapor SBS News, hari ini. Pengerusi Biostatistik dan Epidemiologi di Universiti Australia Selatan, Prof Adrian Esterman berkata, walaupun LB.1 dilihat lebih mudah tersebar berbanding KP.2, ia dijangka tidak boleh mengatasi prestasi KP.3 dan…










