JEMPOL: Seorang lelaki diarahkan untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Permai selepas dia bertindak menikam ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Raja Alias 1, di sini bulan lalu. Perintah itu dikeluarkan Majistret, Norshazwani Ishak di Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini terhadap Rahmat Ismail, 20, selepas pihak pendakwaan meminta untuk tertuduh menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan. “Saya dimaklumkan tertuduh ada mild depression, saya…