Anak saudara Probowo dilantik Timbalan Menteri Kewangan

Anak saudara Probowo dilantik Timbalan Menteri Kewangan

THOMAS DJIWANDONO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan melantik anak saudara kepada Prabowo Subianto, Thomas Djiwandono sebagai Timbalan Menteri Kewangan baharu, dedah dua sumber.

Lapor Reuters, sumber terbabit enggan dinamakan atas kerahsiaan sensitiviti maklumat tersebut.

“Ini untuk memudahkan peralihan kerajaan,” kata seorang sumber.

Setakat ini, Djiwandono, pejabat presiden, kementerian kewangan dan pegawai parti politik Gerindra pimpinan Prabowo belum menjawab permintaan untuk mengulas berita berkenaan.

Djiwandono yang mempunyai latar pendidikan di Amerika Syarikat (AS), menjadi jurucakap utama pendirian fiskal Prabowo, sering mengulangi komitmen presiden terpilih itu untuk mematuhi peraturan fiskal dan mengekalkan defisit bajet 2025 di bawah had undang-undang tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pasaran kewangan memberi perhatian kepada dasar fiskal Prabowo selepas agensi penarafan memberi amaran risiko fiskal akan meningkat disebabkan janji kempennya yang mahal, termasuk program utama untuk menyediakan makanan sekolah percuma.

Kebimbangan mengenai peningkatan hutan menambah tekanan pada mata wang rupiah dan harga bon Indonesia, walaupun ia kembali pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×