Aminuddin nafi berlaku pergolakan dalam PKR Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Aminuddin nafi berlaku pergolakan dalam PKR Negeri Sembilan

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan berlakunya pergolakan dalam parti itu negeri ini seperti yang diperkatakan di media sosial.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, pergeseran juga tidak timbul di peringkat jawatankuasa MPN negeri malahan mesyuarat yang dijalankan juga sentiasa dalam keadaan baik.

“Saya tidak nampak ada (pergolakan), semua dalam jawatankuasa juga okay, mesyuarat MPN juga semua hadir, saya tidak tahu tentang itu.

“Cabang-cabang juga okay dengan saya, cuma ada satu cabang yang tidak hadir tetapi itu tidaklah boleh dikatakan ia sebagai satu penolakan terhadap saya.

“Saya tidak rasa ada apa-apa masalah, semua hadir, semua elok, tetapi tidak tahulah jika dibelakang, dalam politik itu biasa, dalam apa juga parti politik,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin berkata lagi, rasa ketidakpuasan hati merupakan perkara biasa dalam sesuatu organisasi kepemimpinan.

“Saya pun manusia, ada silapnya, tidak kata saya semuanya betul, tibanya masa saya kena keluar, saya keluar, itu sahaja, daripada dahulu sudah cakap, sebagai ahli politik kita kena akur,” katanya lagi yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Port Dickson.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN