KUALA KANGSAR: Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengharapkan keadilan untuk dirinya dan rakan-rakan menjelang keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai kedudukan mereka. Ia susulan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen yang terhenti keahliannya secara serta-merta kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 20 Jun lalu. Iskandar berkata, beliau sendiri telah menyerahkan surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,…