60 telur buaya Siam terancam menetas di Kemboja

60 telur buaya Siam terancam menetas di Kemboja

BUAYA Siam menetas dari telur.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kira-kira 60 biji telur buaya Siam yang jarang ditemukan menetas di Kemboja, sekali gus memberikan harapan kepada reptilia paling terancam di dunia itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kumpulan pemuliharaan flora dan fauna berkata, lima sarang buaya Siam ditemukan di Taman Negara Cardamom di Kemboja pada pertengahan Mei lalu.

Buaya Siam adalah spesis air tawar yang boleh membesar sehingga empat meter panjang.

Ia mempunyai jambul tulang yang menonjol di belakang kepala dan dahulunya terdapat di banyak kawasan daratan Asia Tenggara.

Bagaimanapun, aktiviti pemburuan dan pertanian berskala besar, yang menjejaskan habitat tanah lembab, menyebabkan spesis itu di ambang kepupusan.

Spesisnya kini dikategorikan sebagai sangat terancam dan tersenarai dalam Senarai Merah Spesis Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Anggaran sebelum ini menunjukkan populasi liar buaya Siam adalah sekitar 400, menurut kumpulan itu.

Buaya Siam ditemukan semula di alam liar pada tahun 2000, dan sejak itu kumpulan tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Kemboja serta rakan tempatan lain dalam program pembiakan dan pemuliharaan yang disasarkan.

Antara usaha yang dilakukan adalah, buaya Siam dibiakkan dalam kurungan dan kemudian dilepaskan ke alam liar, dengan 196 ekor berjaya dilepaskan sejak 2012.

Pada Mei lalu, penduduk tempatan menemukan tiga sarang di kawasan yang belum dilepaskan, dan dua lagi di kawasan berbeza.

Ini menunjukkan usaha perlindungan jangka panjang membantu populasi meningkat semula, kata kumpulan itu.- CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN