500 warga Felda Jengka 24 sertai Fun Walk serentak di 317 rancangan Felda - Utusan Malaysia

500 warga Felda Jengka 24 sertai Fun Walk serentak di 317 rancangan Felda

RAZAK Daud (berdiri, empat kanan) bersama peserta yang menyertai Fun Walk di Felda Jengka 24 di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lebih 500 peserta di Felda Jengka 24 di sini menyertai Fun Walk yang diadakan serentak di 317 tanah rancangan seluruh negara hari ini.

Pelepasan peserta di pekarangan Masjid As-Sobirin di sini disempurnakan oleh Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud.

Razak berkata, larian sepanjang lima kilometer itu disertai peserta membabitkan usia bermula 12 tahun sehingga 80 tahun.

“Kita gembira kerana larian ini lancar dan meriah pada hari ini yang merupakan tarikh kewujudan Felda pada 1956.

“Selain Fun Walk, pihak masjid juga menganjurkan kuliah Subuh bersama penceramah undangan Mudir Maahad Tahfiz serta solat Subuh macam Jumaat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Razak berkata, warga tanah rancangan Felda Jengka 24 akan turut menyertai sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bermula 12 Julai hingga 14 Julai ini.

Menurutnya, sambutan itu sudah pastinya cukup istimewa buat peneroka dan begitu dinanti-nantikan pada setiap tahun.

Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan tahun ini akan diraikan pada 12 hingga 14 Julai bertempat di MAEPS Serdang yang julung kalinya dijalankan selama tiga hari dengan menyasarkan kehadiran 500,000 warga peneroka Felda dan generasi baharunya.

Pemilihan lokasi ini dilihat tepat kerana lebih 60 peratus daripada tiga juta warga Felda tinggal di luar tanah rancangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN