PUTRAJAYA: Sebanyak 13 agensi di bawah Infrastruktur Maklumat Nasional Kritikal (NCII) turut terjejas ketika insiden gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku kelmarin. Antara yang mengalami gangguan ialah sistem penerbangan AirAsia, beberapa agensi kerajaan tetapi semuanya hampir pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, Ketua Eksekutif (CE) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin memaklumkan, insiden tersebut bukan serangan siber, sebaliknya hanya menyebabkan kegagalan sistem organisasi. “Kami memantau setiap agensi yang…