Wujudkan mahkamah khas dadah

Wujudkan mahkamah khas dadah

ABDULLAH ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kerajaan dicadang mewujudkan mahkamah khas dadah bagi meningkatkan kecekapan dan  mengatasi kelewatan  menyelesaikan  kes-kes  berkaitan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Presiden Majlis Lembaga Pelawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia ( MALPAM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, mahkamah khas dadah ini boleh menyelesaikan  lebih cepat kes-kes berkaitan dadah selain  menjimatkan kos dan  masa  mereka yang terlibat.

Menurut beliau,  amalan sekarang sebarang kes dadah akan dirujuk ke Mahkamah Rendah dan Tinggi yang  akan memakan masa yang lama dan meningkatkan kesan psikologi kepada suspek  dan ahli keluarga.

“Mewujudkan mahkamah khas dadah adalah antara langkah proaktif yang dicadangkan bagi memerangi masalah dadah yang menjadi musuh nombor satu negara yang tidak pernah selesai di negara ini.

“MALPAM  sedih apabila kira-kira 8,000-10,000  orang yang menjalani pemulihan di 30 Puspen di seluruh negara majoriti Melayu yang produktif untuk negara,“ katanya kepada media selepas Program Ibadah Korban Kementerian Dalam Negeri dan Sambutan hari raya Aidil Adha di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ( Puspen ) Raub, semalam.

Selain itu, kata beliau,  masalah dadah di negara ini perlu direformasi  secara lebih menyeluruh termasuk memerlukan dana khas untuk memerangi  dadah habis -habisan.

Ini kerana kata beliau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan MALPAM menghadapi cabaran baru terutama membabitkan penghasilan jenis dadah sintetik baharu sehingga memerlukan kajian dan cara  rawatan berbeza.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN