Warga emas ditemukan lemas di anak sungai berdekatan kuil di Mentakab - Utusan Malaysia

Warga emas ditemukan lemas di anak sungai berdekatan kuil di Mentakab

MAYAT warga emas dinaikkan ke daratan oleh pasukan mencari dan menyelamat di anak sungai berdekatan Kuil Sri Muniswaran, Batu Satu, Jalan Karak, Mentakab di Temerloh, Pahang. - FOTO/IPD TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang warga emas berketurunan India ditemukan lemas di anak sungai berdekatan Kuil Sri Muniswaran, Batu 1, Jalan Karak, Mentakab di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mayat lelaki berusia 70 tahun itu ditemukan pasukan mencari dan penyelamat (SAR) pada pukul 12.15 tengah hari, 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Sebelum kejadian, anak saudara mangsa berusia 48 tahun memaklumkan melihat melihat bapa saudaranya keluar dari rumah kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam.

“Jiran sebelah rumahnya memaklumkan kepadanya terlihat telefon bimbit dan dompet milik mangsa yang ditinggalkan di Kuil Sri Muniswaran pada pukul 7.30 malam, semalam,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Menurut Mazlan, pasukan SAR membabitkan 29 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan tiga bot menjalankan operasi di sekitar kawasan kejadian.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada pukul 12.40 tengah hari untuk dibedah siasat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN