TEMERLOH: Seorang warga emas berketurunan India ditemukan lemas di anak sungai berdekatan Kuil Sri Muniswaran, Batu 1, Jalan Karak, Mentakab di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mayat lelaki berusia 70 tahun itu ditemukan pasukan mencari dan penyelamat (SAR) pada pukul 12.15 tengah hari, 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. “Sebelum kejadian, anak saudara mangsa berusia 48 tahun memaklumkan melihat melihat bapa saudaranya…