PETALING JAYA : Polis kini menunggu arahan Pengarah Pendakwaan Negeri berhubung status siasatan bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan kes itu kini berada pada Pengarah Pendakwaan Negeri. Menurutnya, tiga saksi itu juga sudah datang dan dirakam percakapan sebelum ini. “Jadi kita hanya menunggu arahan selanjutnya,”…










