PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini. Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, keadaan Wan Rosdy selepas menjalani prosedur pembedahan bertambah baik hari ini. “Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” katanya. Sebelum ini, Wan Rosdy dilaporkan …










