ALGIERS: Seorang vlogger Algeria dihukum penjara dua bulan kerana disabitkan berkelakuan tidak senonoh dengan memeluk orang awam secara rawak yang didakwa untuk menyebarkan nilai positif dan keamanan. Mohamed Ramzi, 30, mencetuskan kemarahan orang ramai di negaranya selepas menyiarkan video eksperimen sosial di TikTok. Ramzi didakwa melakukan video yang diinspirasikan daripada vlogger terkenal Eropah seperti memeluk orang awam secara rawak di jalanan. Perbuatan seumpama itu ternyata tidak disukai di Algeria, sekali gus mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam. Malah, permohonan maaf Ramzi juga tidak dapat menghentikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya