UKMShape, Gading Eduventure, IAIN Bone Makassar jalin kerjasama

UKMShape, Gading Eduventure dan IAIN Bone Makassar jalin kerjasama

GUNTOR Tobeng (empat dsari kanan) dan Dr. Azahan Awang (tiga dari kanan) bersama Dr. Qudratullah Rustam menunjukkan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara UKMShape, Gading Eduventure dan IAIN Bone Makassar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Gading Eduventure Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri Bone Makassar (IAIN Bone Makassar) untuk meningkatkan kualiti pendidikan ke­dua-dua negara.

Pengasas Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Muhamad Guntor Tobeng berkata, Gading Eduventure sebagai rakan kongsi perniagaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membantu hala tuju pendidikan antara negara serantau.

”Melalui kerjasama ini, kami menganjurkan lawatan ke kampus di Indonesia untuk memberi peluang kepada pelajar di sini yang berminat untuk belajar di Makassar.

“Kelebihan perjanjian MoU ini akan meningkatkan kualiti pendidikan generasi masa hadapan dan ekonomi nusantara antara Malaysia dan Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

MoU itu turut membabitkan kerjasama daripada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional UKM (UKMShape) yang diwakili oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Azahan Awang.

Guntor juga mengalu-alukan pelajar dari IAIN Bone Makassar yang ingin belajar di Malaysia melalui kursus pendek iaitu pendidikan TVET dan latihan praktikal mengikut bidang yang ditawarkan UKM.

Sehubungan itu, Naib Pejabat Antarabangsa IAIN Bone Makassar, Dr. Qudratullah Rustam berkata, pihak Makassar juga menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di Makassar.

“Kami memilih bekerjasama dengan UKM kerana tenaga peng­ajar di Makassar ramai dari­pada UKM.

”Setakat ini, kami telah menghantar seramai empat orang pelajar dan akan menghantar lebih ramai lagi yang ingin me­lanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) dan sarjana di UKM,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN