PETALING JAYA: Hampir tujuh juta daripada kira-kira 23 juta orang dewasa di negara ini dikesan mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi yang berisiko membawa maut. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, jumlah itu merangkumi satu dalam tiga orang dewasa mengalami masalah kesihatan tersebut. Tinjuan itu juga mendapati sebanyak 17.3 peratus dalam kalangan individu sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah yang kronik hingga menyebabkan risiko komplikasi kesihatan tinggi manakala…










