JOHOR BAHRU: Tiga rakan lemas apabila Toyota Alphard dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang sedalam dua meter di kawasan Danga Bay, di sini semalam. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 7.20 pagi. “Setiba di lokasi kejadian, didapati tiga mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 31 tahun dan dua wanita, berumur 35 dan 28 tahun, lemas…