Thailand lulus cukai bantu tingkat pelancongan domestik

Thailand lulus cukai bantu tingkat pelancongan domestik

ORANG ramai mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran pada malam Songkran atau Tahun Baharu Thai, di Jalan Khao San di Bangkok pada 12 April 2024. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kabinet Thailand semalam meluluskan inisiatif cukai untuk meningkatkan pelancongan domestik ketika musim pengunjung berkurangan ke negara berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Paopoom Rojanasakul berkata, langkah itu meliputi tempoh Mei hingga November temasuk potongan cukai bagi syarikat yang menganjurkan konvensyen dan seminar.

Langkah tambahan turut diwujudkan untuk meningkatkan perjalanan domestik ke bandar sekunder, termasuk membenarkan potongan cukai pendapatan inap desa dan perbelanjaan penginapan bukan hotel, lapor Reuters.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin berkata, langkah itu dijangka menelan belanja lebih RM197 juta dalam hasil, namun yakin faedahnya akan lebih besar.

Statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan pada 1 Januari hingga 14 April lalu menunjukkan pelancong China antara lima pelawat antarabangsa tertinggi ke negara itu dengan kedatangan dua juta pelancong diikuti rakyat Malaysia (1.39 juta), Russia (695,624), Korea Selatan (619,186) dan India seramai 546,935.

Negara itu menerima lebih 9.37 juta pelancong asing dalam tempoh tiga bulan pertama pada 2024, meningkat 44 peratus daripada tahun sebelumnya.

Thailand menyasarkan untuk menarik 40 juta pelancong asing menjelang akhir tahun, sama seperti angka pra-pandemik yang dicatatkan pada 2019.

Dalam tempoh itu, pelancong China menyumbang kira-kira 28 peratus daripada hampir 40 juta pelancong asing ke Thailand.

Industri pelancongan adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara itu, yang menyumbang kira-kira 12 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN