Tapak pelupusan sampah di Kelantan mampu bertahan sehingga 2054 tahun

Tapak pelupusan sampah di Kelantan mampu bertahan sehingga 2054 tahun

HILMI Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan bantuan peruntukan Projek Kesejahteraan Rakyat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI), Tengku Abd Rahman Tuan Yunus (dua dari kanan) pada Program Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke MDKPI, Kota Bharu,Kelantan.UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mendedahkan tapak pelupusan sampah di negeri ini hanya mampu sehingga 2054 sekiranya kaedah penyelenggaraan sisa berkenaan diuruskan dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah berkata, ketika ini pihaknya sedang giat merangka plan strategik untuk memastikan semua tempat pelupusan sampah di negeri ini diselenggarakan menggunakan kaedah terkini. 

Menurutnya, menerusi kaedah terkini, ia turut memberikan imbuhan semula kepada PBT iaitu dikenali sebagai Waste to Wealth (buangan kepada imbuhan) yang dimulakan di tapak pelupusan di Beris Lalang, di Tumpat dan Tanah Merah.

“Tapak pelupusan sampah di Kelantan mencukupi dan tidak mempunyai masalah cuma sekarang ini untuk kawasan Ketereh, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh berkongsi tapak pelupusan sampah di Beris lalang.

“Sekiranya ia diuruskan dengan baik untuk jangka masa panjang, tapak pelupusan sedia ada masih dapat menampung jumlah kutipan semasa dalam tempoh 20 hingga 30 tahun lagi,”katanya pada Program Jelajah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) di sini hari ini.

Hilmi memberitahu, pada masa ini PBT dalam proses menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat turut terjejas dengan kenaikan harga diesel. 

“Kerja PBT ini tidak berasaskan keuntungan tetapi untuk kesejahteraan awam dan masyarakat, jadi dengan kenaikan harga diesel ia telah membantutkan usaha PBT untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Malah ia turut memberi kesan kepada PBT dalam menjayakan agenda Kelantanku Bersih apabila berlaku peningkatan kos pembersihan sehingga satu kali ganda naik,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN