JOHOR BAHRU: Tiga individu termasuk pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas lima pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Feesol Haron, 35, dan isteri, Suhaini Sarwan, 46, serta Mohd. Firdaus Kamal Intdzam, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan…










