Sahkan dahulu keabsahan Jawatankuasa Khas, baru saya jawab- Ahli Parlimen Gua Musang

Sahkan dahulu keabsahan Jawatankuasa Khas, baru saya jawab- Ahli Parlimen Gua Musang

MOHD. Azizi Abu Nain (kanan) semasa ditemui pemberita selepas sidang DUN Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMAED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang Mohd. Azizi Abu Naim menegaskan beliau hanya akan menjawab surat berkait notis tunjuk sebab sokongan kepada Perdana Menteri sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan keabasahan Jawatankuasa Khas yang memohon pindaan terhadap perlembagaan parti itu semasa persidangan pada 2 Mac lalu.

Beliau berkata, hal ini kerana ada dalam kalangan ahli yang hadir ke persidangan itu diisytiharkan bankrap dan perkara tersebut jelas melanggar perlembagaan parti.

Menurutnya, bukan itu sahaja beliau tidak dimaklumkan berkait dengan penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Sejak menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, saya langsung tidak menerima sebarang maklumat berkait dengan parti. Jadi saya minta parti menyatakan keabsahan (Jawatankuasa Khas) itu dahulu sebelum memberikan maklum balas. 

“Apa-apa perubahan atau tindakan undang-undang kena rujuk dengan kesahihan ahli yang terlibat dengan jawatankuasa tersebut.

“Sehingga hari ini, saya tidak dapat membalasnya kerana tidak mengetahui status jawatankuasa tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2024 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd. Azizi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri memberitahu, sehingga kini beliau sedang menunggu maklum balas berkait dengan perkara tersebut.

Katanya, buat masa ini beliau sedang draf jawapan balas bagi menjawab surat bertarikh 17 Mei yang dihantar oleh parti.

“Sebagai ahli yang tidak diberikan sebarang maklumat, jadi saya minta parti untuk memberikan jawapan. Sebelum ini beliau hanya menerima surat berkait dengan kesetiaan terhadap Bersatu.

“Surat tersebut saya sudah jawab dan telah diterima oleh parti pada 29 Mei lalu. Kesetian terhadap parti tidak pernah luntur walaupun menyokong Perdana Menteri,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil langkah seterusnya selepas 14 hari notis dihantar kepada enam ahli Parlimennya yang mengisytiharkan soko­ngan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN