Ribuan rakyat Pakistan masuk hospital akibat strok haba

Ribuan rakyat Pakistan masuk hospital akibat strok haba

PEMANDU bas berehat dan tidur akibat cuaca panas di stesen bas, Lahore, Pakistan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Ribuan mangsa strok haba menerima rawatan di hospital berbeza akibat gelombang haba sehingga suhu melonjak 47 darjah Celcius di wilayah Sindh, Pakistan.

Pegawai kesihatan berkata, beberapa orang awam jatuh pengsan di bandar dan sebahagian daripada mereka meninggal dunia.

Pihak berkuasa di Karachi menggesa orang ramai kekal berada di dalam rumah dan mengelakkan perjalanan tidak penting.

Ketua Ahli Meteorologi di Karachi, Sardar Sarfaraz berkata, suhu akan terus meningkat minggu ini di seluruh Pakistan akibat cuaca kering.

Peramal cuaca lain berkata, gelombang haba yang bermula sejak Mei lalu, dijangka berakhir pada minggu depan.

Media tempatan melaporkan, gelombang haba selama beberapa hari itu mengorbankan lebih 24 orang di Karachi.

Bagaimanapun, tiada jurucakap kerajaan yang mengesahkan jumlah kematian sebenar akibat strok haba.

Isnin lalu, lebih 1,500 mangsa strok haba dirawat di sebuah hospital di Karachi.

Menurut Panel Pakar Bank Dunia, iklim Pakistan lebih cepat panas daripada suhu purata global, dengan potensi kenaikan 1.3 hingga 4.9 darjah Celcius menjelang tahun 2090.

Pakistan yang merupakan antara negara di dunia yang paling terdedah dengan perubahan iklim juga menghadapi risiko hujan monsun yang lebih lebat. -AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×