JOHOR BAHRU: Ranhill SAJ tidak berhasrat untuk menaikkan tarif air susulan pengapungan harga diesel yang dilaksanakan baru-baru ini. Ketua Pegawai Kewangannya, Abdul Aziz Khan Alior Khan berkata, ini kerana syarikat pengendali perkhidmatan air itu telah memperkenalkan tarif baharu air di negeri ini kepada RM1.05 satu meter padu mulai Februari lalu. Namun beliau mengakui langkah kerajaan memansuhkan subsidi diesel di Semenanjung memberi tempias terhadap operasi syarikat yang banyak bergantung dengan jentera…










