Peruntukan pembangkang masih tiada maklum balas kerajaan – Syed Saddiq

Peruntukan pembangkang masih tiada maklum balas kerajaan – Syed Saddiq

SYED SADDIQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mendakwa sehingga hari ini beliau belum mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada pembangkang selepas dua kali melakukan perbincangan.

Beliau berkata, rundingan tersebut dilakukannya dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta pemimpin tertinggi kerajaan lain di luar kerangka rundingan rasmi.
Menurutnya, rundingan per­tama dilakukan sejak Oktobertahun lalu, namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut daripada kerajaan.

“Sebaik sahaja kerajaan meletakkan prasyarat berunding untuk mendapatkan peruntukan Parlimen, saya terus berunding. Bukan sekali tapi dua kali dan tiga surat diutuskan.

“Tapi sampai ke hari ini kita belum dapat apa-apa maklum balas. Saya tidak lihat perkara ini kecil, ia jelas politik balas dendam untuk menekan pe­ngundi yang mengundi pembangkang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran bukunya bertajuk Jalan Tegak di Pesta Buku Kuala Lumpur (PBKL), semalam.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, disebabkan tiada keputusan berhubung perkara itu, rakyat di kawasan pembangkang khususnya luar bandar kini terputus peruntukan kebajikan sebanyak RM4 juta setahun.

Dakwanya, ahli Parlimen pembangkang terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk menyediakan bantuan se­perti kerusi roda, susu, lampin bayi, dan bakul makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×