Peru siasat lebih 500 pelajar dirogol guru

Lebih 500 pelajar diperkosa oleh guru

SEBANYAK 524 kes rogol dan dera dilaporkan oleh kanak-kanak Orang Asli Awajun sejak 2010.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Kerajaan Peru akan menyiasat dakwaan penderaan seks termasuk diperkosa oleh beberapa guru terhadap ratusan kanak-kanak Orang Asli di kawasan pedalaman di negara Amerika Selatan itu.

Sebanyak 524 kes rogol dan penderaan seksual dilaporkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki daripada kumpulan Orang Asli Awajun yang menuntut di sekolah awam di wilayah Condorcanqui, utara Peru sejak 2010.

Jenayah itu didakwa berlaku di asrama sekolah itu melibatkan mangsa kanak-kanak bawah umur yang didedahkan bulan lalu oleh wakil Persatuan Wanita Awajun, Rosemary Pioc.

Jurucakap kerajaan, Alberto Adrianzen berkata, pihaknya menolak semua bentuk penderaan seksual.

“Kami perlu menyiasat fakta, kami berdiri bersama mangsa, Kes berlaku sejak 2010 hingga 2024,” katanya.

Pengumuman siasatan dibuat selepas dua menteri kerajaan mencetuskan kemarahan meluas apabila menyamakan dakwaan penderaan itu dengan ‘amalan budaya’.

“Untuk mengatakan ini adalah amalan budaya, ia sebenarnya menyokong tindakan ini. Rogol bukan amalan dalam komuniti kita,” kata Pioc kepada radio RPP pada Isnin.

Adrianzen berkata, mangsa perlu menerima penjagaan kesihatan yang komprehensif, termasuk bantuan psikologi dan rawatan HIV jika perlu.

Organisasi Hak Asasi Manusia Peru menggesa supaya guru yang terlibat dibuang serta-merta dari sekolah berkenaan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×