JERANTUT: Pasangan ‘Raja Sehari’, Muhamad Jamaluddin Wak Yan, 27, dan Nurul Eleeyana Najihah Zahid Hamidi, 18, memilih meraikan hari bahagia mereka dengan berarak menaiki sebuah jengkaut serta diiringi empat lagi kenderaan sama di Felda Kota Gelanggi 4 di sini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhamad Jamaluddin berkata, dia memilih jengkaut apabila empat orang rakannya yang juga pemandu jengkaut memberikan idea untuk berbuat demikian sempena majlis perkahwinannya. “Meraka (rakan) sanggup membawa jengkaut…










