Pangsapuri empat tingkat di Miami terbakar

Pangsapuri empat tingkat di Miami terbakar

ASAP kebakaran dapat dilihat dari atas kompleks pangsapuri empat tingkat di Miami pada pagi Isnin.- FOX NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Satu kebakaran besar berlaku di kompleks kediaman pangsapuri empat tingkat di Miami semalam, lapor Arab News.

Pasukan bomba dan polis tiba di bangunan Interstate 95 berhampiran pusat bandar Miami, selepas menerima panggilan mengenai insiden kebakaran pada pukul 8.15 pagi (waktu tempatan).

Pihak berkuasa mula menyelamatkan penduduk dari balkoni bangunan itu, kata Datuk Bandar Miami, Francis Suarez dalam sidang akhbar.

Suarez berkata, anggota pertama yang tiba juga menemukan seorang lelaki dengan kesan tembakan di tempat kejadian.

Mangsa yang dilaporkan kritikal kemudian dibawa ke hospital.

Menurut Datuk Bandar itu, dua anggota bomba turut dibawa ke hospital kerana keletihan haba, namun mereka berada dalam keadaan stabil.

Polis mengklasifikasikan kejadian kebakaran itu sebagai ‘insiden terpencil’, dan menolak penglibatan lelaki bersenjata.

Kompleks pangsapuri Temple Court terdiri daripada unit satu bilik tidur dan studio berhampiran Sungai Miami.

Penduduk dari bangunan itu, kebanyakannya adalah warga emas dibawa ke tempat pemindahan yang turut disediakan makanan dan keperluan perubatan.

Asap daripada kebakaran itu dapat dilihat di atas Interstate 95 dan sebahagian besar pusat bandar Miami.

Namun, tiada maklumat kecederaan akibat kebakaran dilaporkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN