MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 anggota polis dan seorang paderi maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah rumah ibadat Yahudi, gereja serta balai polis merentasi dua bandar di wilayah Dagestan Utara, Russia, semalam. Bercakap dalam video yang dimuat naik di aplikasi Telegram awal pagi tadi, Gabenor wilayah Dagestan, Sergei Melikov menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi buat Dagestan dan seluruh negara. Kejadian di bandar Makhachkala dan Derbent itu berlaku serentak, tiga…










