KUANTAN: Seramai 12 mangsa yang terlibat kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada awal pagi Ahad masih menerima rawatan. Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, lapan mangsa merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, dua kerani, seorang suri rumah dan murid. “Lima mangsa di rawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dua di Hospital Besar Melaka, tiga di hospital swasta…