Mohd. Azizi umum tidak pertahan DUN Nenggiri

Mohd. Azizi umum tidak pertahan DUN Nenggiri

MOHD. Azizi Abu Naim menunjukkan surat jawapan kepada Arahan Bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada pemberita di pejabatnya di Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim mengumumkan beliau tidak
mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut pada 17 Ogos depan.

Mohd. Azizi sebaliknya berkata, beliau bersedia memberi laluan kepada parti komponen lain untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Saya perlu berpijak di bumi yang nyata jika berhasrat hendak bertanding. Sekiranya saya bertanding saya mesti menggunakan logo.

“Saya tidak yakin sekiranya tidak menggunakan logo parti atau bertanding atas tiket bebas. Saya mungkin akan memberi laluan kepada rakan-rakan daripada parti komponen sama ada UMNO atau Barisan Nasional (BN). Pada saya bukan isu kerusi, tetapi menghormati semangat setiakawan kompenan dalam parti Pakatan Harapan (PH)-BN,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd. Azizi pada masa sama memberitahu, beliau berhak untuk menang dalam kes permohonan afidavit pembatalan notis surat makluman itu yang akan bermula pada 28 Ogos depan kerana mendakwa beliau tidak terlibat dengan Anti Lompat Parti.

Katanya, sehubungan itu, permohonan untuk mempercepatkan perbicaraan atau bacaan akan dibuat oleh peguamnya.

“Saya berhak menang dan saya dianiaya. Tiada satu bukti yang menunjukkan saya terlibat dengan Anti Lompat Parti 49A.

“Segala situasi atau surat menyurat kepada parti kita melafazkan kesetiaan kepada parti. Tiada istilah kita keluar sehingga ke saat ini.

“Dalam konteks mencabar, saya namakan Presiden Parti sebagai defenden kerana mahukan keabsahan atau maksud terhenti. Saya mahu nyatakan keikhlasan. Jika mereka mahu pecat, saya reda,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN