GUA MUSANG: Mayat kanak-kanak perempuan Orang Asli suku kaum Temuan ditemui tersangkut pada dahan kayu di dasar Sungai Brooke, di sini hari ini selepas kira-kira 20 jam hilang dihanyutkan arus sungai. Mangsa, Syamely Nur Aleh Qarni Sham, 7, dijumpai oleh penduduk kampung Orang Asli pada pukul 12.05 tengah hari kira-kira 1.8 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayat mangsa ditemui…










