Malaysia sokong gencatan senjata berkekalan Palestin

Malaysia sokong gencatan senjata berkekalan Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik menekan telefon bimbit ketika Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini, semalam. Turut sama, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan, Mohd Haswandi Ahmad.– Utusan/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menyokong penuh cadangan memuktamadkan gencatan senjata berkekalan di Palestin dan Israel seperti dicadangkan tiga negara iaitu Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, AS diminta lebih tegas terhadap Israel sementara Malaysia masih memberi sokongan kuat terhadap cadangan dikemukakan itu.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri semalam turut berbincang isu tersebut malah, memberi sokongan kepada Mesir, Qatar dan AS.

“Saya percaya ia (cadangan) lebih lunak berdasarkan apa yang saya pernah bincangkan dengan pimpinan Hamas sebelum ini.

“Sementara kita sokong kuat cadangan ini, kita menuntut AS bertindak lebih tegas terhadap Israel kerana ini adalah kedegilan dan keangkuhan mereka.

“(Ini) kerana terlalu banyak bencana dan kesengsaraan yang terlah berlaku,” katanya ketika ditemui selepas meluncurkan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani di sini, semalam.

Katanya, cadangan AS menerusi Presiden Joe Biden bersama Qatar dan Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Israel dan Palestin ialah untuk menghentikan serangan ganas di Gaza.

Terdahulu, Qatar, AS dan Mesir menyeru Hamas dan Israel memuktamadkan perjanjian merangkumi prinsip digariskan oleh Biden.

Ketiga-tiga negara itu menjadi pengantara dalam perbincangan berterusan untuk gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tawanan.

Sementara itu, Anwar berkata, modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani yang dilancarkan dirangka untuk menyemarakkan semula semangat kenegaraan dalam kalangan anak muda di negara ini.

Beliau berkata, modul dibangunkan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) itu diubah suai mengikut pengalaman sebelum ini (Program Latihan Khidmat Negara) dan input daripada semua pihak.

Beliau berkata, modul latihan ini direka bagi menghargai sumbangan pemimpin dan pejuang kemerdekaan terdahulu sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Mereka (pejuang kemer­de­kaan) ini mempunyai banyak jasa dalam mengangkat martabat negara. Bagaimanapun, tidak semestinya pejuang kemerdekaan sahaja sebaliknya dorongan rakyat perlu diambil kira.

“Kita hargai sumbangan pimpinan dan rakyat di zaman silam. Dalam kita bicara soal kemerdekaan jangan dilupa daya juang rakyat.

“Bayangkan ibu bapa miskin sanggup menyerahkan cincin gelang dan rantai bekalan untuk biayai pemimpin negara terbang ke London bagi perbincangan menuntut kemerdekaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN