GEORGE TOWN : Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan seorang lelaki yang berdepan tuduhan membunuh ibunya menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, M.Darrshini agar tertuduh menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah. Terdahulu, tertuduh, Soon Yong Aun, 40, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengaku faham pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dan tertuduh…