PONTIAN: Seramai 319 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 61 wanita dari beberapa negara berumur 19 hingga 53 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pelbagai kesalahan di bawah akta imigresen. Kesemua tertuduh terdiri daripada 143 warga Myanmar, Indonesia (47), Kemboja (2 ), Pakistan (68), India ( 38), Bangladesh (14), Thailand (2) dan lima Nepal dibawa menggunakan tiga buah lori dan dua bas. Pertuduhan terhadap semua PATI…