Lebih 2.2 juta jemaah haji naik Al-Mashaer

Lebih 2.2 juta jemaah haji naik Al-Mashaer

AL-MASHAER kendali 2,206 perjalanan antara sembilan stesen di Arafah, Muzdalifah dan Mina.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Saudi Railways (SAR) memuji kejayaan operasi perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi, Al-Mashaer pada musim haji tahun ini, lapor Arab News.

Ketua Pegawai Eksekutif SAR, Bashar Al-Malik berkata, kejayaan pelan operasi itu dibina atas sokongan tanpa had daripada kepemimpinan Arab Saudi terhadap sektor perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan itu mengendalikan 2,206 perjalanan dengan membawa lebih 2.2 juta penumpang antara sembilan stesen di Arafah, Mudzalifah dan Mina.

Lebih 29,000 jemaah menggunakan perkhidmatan Al-Mashaer pada hari pertama haji, manakala lebih 292,000 jemaah dibawa dari Mina ke Arafah.

Kereta api itu turut membawa lebih 305,000 jemaah haji dari Arafah ke Mudzalifah dan 383,000 lagi dari Muzdalifah ke Mina.

Semasa hari Tasyriq, kereta api itu membawa lebih 1.2 juta jemaah haji dari stesen Mina 1, Mina 2 dan Muzdalifah 3 ke stesen Mina 3 (Jamarat), yang memudahkan akses ke Jambatan Jamarat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN