MELAKA: Tindakan tidak bertanggungjawab seorang peniaga di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten di sini yang mengenakan caj satu peratus atau minimum 10 sen untuk setiap transaksi kod QR, mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelanggan. Alasan yang diberikan peniaga wanita berusia 60-an itu, caj berkenaan dikenakan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran tanpa tunai tersebut. Dakwa seorang pelanggan, dia perlu membayar RM14.20 walaupun harga makanan dibelinya bernilai RM14 sahaja. Situasi itu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) apabila premis itu diserbu pasukan penguat kuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya