PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan keputusan mengenai notis kekosongan enam kerusi wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Menurut Perdana Menteri, buat masa ini semua pihak perlu menunggu keputusan Speaker. “Soal enam kerusi bersatu itu akan dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat dan biar beliau yang putuskan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, hari ini.…










