PETALING JAYA: Sebarang keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menentukan kedudukan tujuh wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Perkara ini bermakna sesiapa yang mahu mencabar keputusan itu bakal berdepan laluan sukar sekiranya tidak berpuas hati dengan sebarang ketetapan diputuskan kelak termasuk sekiranya Speaker menetapkan tiada berlaku kekosongan. Peguam kanan, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, perkara tersebut mengambil…










