KUANTAN: Polis Pahang menunggu laporan bedah siasat kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di Rompin, dekat sini pada 9 Jun lalu. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. “Kita juga menerima arahan untuk rujuk Pejabat Peguam Negara dan kini sedang menunggu laporan hasil bedah siasat untuk…