Kecoh dua kali lembu korban ‘larikan diri’

Kecoh dua kali lembu korban ‘larikan diri’

PENDUDUK mengikat lembu korban yang sebelum ini terlepas dua kali dalam kejadian di Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk Kampung Durian Sebatang di sini kecoh apabila seekor lembu untuk sembelihan korban terlepas dua kali, sehari sebelum ibadah korban dilaksanakan.

Seorang penduduk, Khairuddun Abdul Latib, 68, berkata, kejadian pertama berlaku pukul 11 malam kelmarin apabila lembu yang diikat pada sebatang pokok disedari sudah terlepas.

Menurutnya, usaha mencari berhasil apabila haiwan tersebut dijumpai di rumah penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agar susah untuk menangkap haiwan itu sehingga penduduk terpaksa mengejarnya keliling kampung sebelum akhirnya dapat ditangkap.

“Setelah dapat ditangkap, haiwan itu diikat pada pokok yang sama, namun tanpa disangka tali yang mengikat haiwan itu terlucut menyebabkan ia lari sekali lagi.

“Kali ini haiwan itu lari lebih jauh hingga ke kampung sebelah, iaitu Kampung Terengganu.

“Haiwan itu berjaya ditangkap dan semuanya selesai pada kira-kira pukul 1 pagi semalam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×