Kalahkan PDRM FC, pemain KDN FC bakal terima ganjaran

Kalahkan PDRM FC, pemain KDN FC bakal terima ganjaran

KELANTAN Darul Naim FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Barisan pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akan menerima ganjaran khas jika berjaya mengalahkan PDRM FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Penolong Pengurus Datuk Mohd. Rowi Dollah berkata, pemberian itu merupakan usaha diambil bagi memastikan KDN FC menamatkan kemarau kemenangan selepas tumpas dalam tiga perlawanan setakat ini.

Menurutnya, kemenangan itu amat diperlukan untuk memberikan suntikan moral selain membantu pasukan memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

“Insya-Allah, imbuhan ini akan menyuntik semangat pemain untuk beraksi dengan baik pada perlawanan itu nanti nanti bagi memastikan tiga mata menjadi milik KDN FC,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Mohd. Rowi memberitahu, beliau berharap pemain-pemain dapat melupakan kekalahan yang telah diramkamkan dalam tiga aksi terdahulu.

Katanya, beliau mahu pemain bangkit dan membuktikan mereka mampu memberikan saingan di pentas Liga Super.

KDN FC kini menghuni tangga ke-12 tanpa sebarang mata selepas kalah dalam tiga perlawanan sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN